Kepantasan bomba selamatkan 6 rumah daripada musnah terbakar


Kepantasan bomba selamatkan 6 rumah daripada musnah terbakar

JOHOR BAHRU: Sebuah rumah teres dua tingkat musnah manakala enam unit lagi dapat diselamatkan dalam kebakaran di Taman Pulai Perdana, pagi tadi.

Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mengawal kebakaran daripada merebak menyebabkan hanya bahagian hadapan enam unit rumah teres dua tingkat di Jalan Pulai Perdana 9/9 itu terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Mohd Riduan Akhyar yang juga ketua komander operasi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan jam 8.13 pagi.

Katanya, sejurus itu, sepasukan 12 anggota dari BBP Skudai dengan tiga jentera dan sebuah tangki air dikejarkan ke lokasi.

"Setiba PKO di lokasi, kami mendapati kebakaran berlaku membabitkan tujuh unit rumah teres dua tingkat di situ.

"Sebuah unit rumah membabitkan kebakaran seluruh strukur bangunan manakala enam unit lagi hanya mengenai bahagian garaj hadapan.

"Sebuah kereta dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran itu namun tiada yang cedera atau kehilangan nyawa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Riduan berkata punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

"Operasi memadam kebakaran ditamatkan jam 9.43 pagi tadi," katanya.

▶️Berita Harian
Denim Jeans

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...

TRAGEDI

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)