JENIS INSIDEN : KEMALANGAN MAUT KERETA TERBABAS
Alamat: Jalan Persiaran Impian Emas Taman Impian Emas
Tarikh/Masa: 28.02.2021 / 16:56:20
Maklumat Kejadian: Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Naza Forte telah terbabas dan melanggar pokok. Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu. Tindakan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas Road Traffic Accident (RTA). Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan KKM yang berada di lokasi. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Maklumat mangsa :
1 (L) Dewasa - 28 Tahun - Meninggal
Operasi Tamat : 17:45:00
Sumber: JBPM Johor