Dua individu maut manakala dua lagi cedera parah selepas struktur kren tumbang lalu menghempap sebuah kenderaan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.45 pagi.
Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlakunya kejadian melibatkan struktur besi Kren Launcher pembinaan lebuhraya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza.
"Antara mangsa terlibat merupakan pemandu kereta Bezza tersebut susulan kenderaannya dihempap besi kren berkenaan dan mengalami kecederaan parah.
"Manakala tiga orang mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut. Dipercayai dua mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.
"Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Ketika ini operasi menyelamat masih sedang dijalankan.
WANITA HAMIL DIPENJARA 1 TAHUN, PECAH AMANAH SEBANYAK RM 20K
PECAH AMANAH
Zulkarma didakwa mengutip sendiri wang seorang pelanggan berjumlah RM20,864 tanpa pengetahuan dan kebenaran majikannya. Zulkarma didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 14 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan empat jam dalam kereta
TRAGEDI
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Selasa.
Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...
TRAGEDI
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.
Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!
1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022
Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!