SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

INDIVIDU GADUH DEPAN HOSPITAL DIBURU

Individu gaduh depan hospital diburu

KLANG – Polis sedang memburu beberapa individu yang terlibat dalam pergaduhan menggunakan topi keledar di pekarangan sebuah hospital swasta di sini, kelmarin.

Insiden tersebut tular menerusi sebuah video berdurasi 40 saat di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp dengan dua lelaki termasuk warga Afrika cedera dipukul menggunakan topi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan rakaman video itu memaparkan beberapa lelaki sedang berkumpul di hadapan hospital itu.

“Seorang daripada lelaki itu yang tidak memakai baju kelihatan sedang berkomunikasi dengan seorang lelaki India yang memakai baju berwarna hitam.

“Kemudiannya, dia telah dipukul di kepala oleh lelaki berbaju warna hitam itu menggunakan sebuah topi keledar berwarna merah yang dipegangnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan siasatan lanjut berhubung punca kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!