Tular di media sosial menunjukkan kelibat mamalia itu kira-kira pukul 10 malam sebelum ‘mencuri’ makan di salah sebuah gerai berkenaan.
Menerusi beberapa rakaman video, orang ramai cuba menghalau gajah berkenaan dengan membaling mercun serta membunyikan hon kenderaan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban menegaskan orang ramai supaya tidak membuat provikasi terhadap gajah berkenaan.
“Tindakan provokasi gajah dengan membunyikan hon berterusan dan membaling mercun boleh mendatangkan kemarahan pada gajah.
“Orang ramai dinasihatkan agar menjauhi tempat tersebut sehingga pihak Perhilitan datang untuk ambil tindakan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kawasan deretan kedai itu merupakan antara laluan kumpulan Gajah Panti yang mempunyai 30 hingga 40 ekor kawanan.

WANITA HAMIL DIPENJARA 1 TAHUN, PECAH AMANAH SEBANYAK RM 20K
PECAH AMANAH
Zulkarma didakwa mengutip sendiri wang seorang pelanggan berjumlah RM20,864 tanpa pengetahuan dan kebenaran majikannya. Zulkarma didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 14 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan empat jam dalam kereta
TRAGEDI
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Selasa.

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...
TRAGEDI
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.