Dugaan anak OKU berusia 6 tahun menghidapi strok seperti orang dewasa


 
Admin terima aduan berkenaan kekurangannya sekolah pendidikan khas di kepala batas. Isu ni mungkin tak popular,  tapi ia sedang berlaku dan memberi kesan emosi kepada golongan ini. Mungkin jika dibiarkan, mereka akan berasa seperti dipinggirkan masyarakat.


Puan Azliya mempunyai seorang anak OKU berumur 6 tahun. Pada usia 6 bulan,  anak beliau telah mengalami strok seperti dewasa. Pelbagai rawatan telah diusahakan untuk memulihkan beliau,  tapi ini takdir Allah S.W.T.

Sekarang ni,  anak beliau tidak seperti anak kecil yang normal. Keadaannya tidak boleh berjalan seperti orang kena strok. Anak kecil ini perlukan perhatian dan penjagaan rapi orang dewasa. Allahu ujian berat kehidupan anak kecil ni. Allah sayangkan anak2 kecil ni. 


Tahun ni,  usia anaknya 6 tahun dan beliau berhasrat ingin menghantar anak beliau ke pra sekolah biasa. Tetapi selepas 2 hari di pra sekolah biasa,  cikgu pra tersebut mencadangkan anak beliau di hantar ke sekolah pendidikan khas di kepala batas, Atas sebab anaknya perlukan lebih perhatian dan kemahiran dari cikgu2 terlatih.

Untuk makluman warga #komunitiKB,  di kepala batas hanya mempunyai 1 buah sekolah pendidikan khas (bukan pdk) yang hanya mampu menampung 100 lebih pelajar atas sebab kekurangan fasiliti dan tenaga pengajar. Sedangkan ramai anak2 oku yang memerlukan. 


Anak puan Azliya ni adalah antara golongan anak OKU yang tercicir dari mendapat bersekolah di sini, mungkin lebih ramai yang menghadapi situasi sama tapi tidak mampu buat apa2. 

Admin juga dimaklumkan,  sekolah pendidikan khas baru akan dibina. Tetapi mungkin akan mengambil masa yang lebih lama. 


Justeru itu,  #komunitiKB mohon keprihatinan dan tindakan segera pihak yang bertanggungjawab agar bertindak dengan segera. Kita mahukan ibu bapa dan anak2 oku ni tidak tercicir dan mereka mendapat perhatian masyarakat dengan sewajarnya. 

Jika ada pihak yang ingin membantu boleh hubungi Puan Azliya  +60 11-1144 6842

KREDIT ADMIN GROUP FB : Komuniti Kepala Batas Official


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)