Dua maut, seorang parah dilanggar ketika tukar tayar bas mini


Dua lelaki maut selepas dirempuh sebuah kenderaa pacuan empat roda ketika sedang menukar tayar bas mini dalam satu kejadian di Jalan Utara, dekat Batu 5, di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.30 tengah hari itu, identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Namun berdasarkan maklumat awal diterima, mangsa yang maut merupakan pemandu bas mini dan konduktornya.

Manakala, seorang lagi lelaki yang juga rakan mereka dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa berhenti di tepi jalan raya dan ketika sedang menukar tayar bas, sebuah pacuan empat roda merempuh mereka dari arah belakang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

"Setakat ini dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang lagi parah.

"Mangsa yang parah sudah dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut. Manakala mayat turut dihantar ke bilik mayat hospital sama," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Beliau turut memaklumkan pemandu pacuan empat roda itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)