Ditahan curi tong ikan, dapur gas

Ditahan curi tong ikan, dapur gas

Gombak: Seorang lelaki ditahan kerana mencuri tong ikan bersama dapur gas, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian itu pada mulanya disedari lelaki berusia 33 tahun pada 7.40 pagi Isnin lalu ketika dalam perjalanan ke tempat berniaga di persimpangan Jalan M-Residensi 2, di sini.

Menurutnya, lelaki itu melihat suspek berusia 35 tahun sedang mengangkut tiga tong ikan, dua dapur gas dan sebuah periuk memasak air miliknya ke dalam Toyota Hilux warna biru.

"Dia kemudian mengekori suspek dan tidak mahu mengambil tindakan sendiri, sebaliknya mengambil gambar sebelum suspek menghilangkan diri menyebabkan dia kerugian RM3,000.

"Bertindak atas maklumat, pada 11.40 malam tadi, sepasukan polis dari Balai Polis Kundang ketika ternampak sebuah pikap Toyota Hilux warna biru di tepi jalan Sekolah Kampung Baru Kundang dalam keadaan mencurigakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, pemeriksaan menemui barang milik mangsa di dalam kenderaan itu.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek terbabit dalam kes itu dan bertindak secara berseorangan serta pernah tular di media sosial, Isnin lalu mengenai kegiatannya itu.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan suspek direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah," katanya.


WANITA HAMIL DIPENJARA 1 TAHUN, PECAH AMANAH SEBANYAK RM 20K

WANITA HAMIL DIPENJARA 1 TAHUN, PECAH AMANAH SEBANYAK RM 20K

PECAH AMANAH

Zulkarma didakwa mengutip sendiri wang seorang pelanggan berjumlah RM20,864 tanpa pengetahuan dan kebenaran majikannya. Zulkarma didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 14 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan empat jam dalam kereta

Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan empat jam dalam kereta

TRAGEDI

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Selasa.


Denim Jeans

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...

TRAGEDI

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)