Dah kena cekup...Rupanya baru lepas jimak


Viral Kejadian Sebuah Kereta Melanggar & Tindakan Pemandu Menghalang Anggota Polis Menjalankan Tugas Semasa Pemeriksaan

Rujuk post awal tadi : 
https://www.facebook.com/watch/?v=3714111798624040

Pada 10/03/2021 @ 0304 pagi, pihak Polis IPD Kajang telah menerima laporan berhubung satu kejadian sebuah kereta melanggar anggota  Polis yang sedang dalam tindakan melakukan pemeriksaan di kawasan letak kereta McDonald's, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi . Laporan Polis ini telah dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang Untuk tindakan dan siasatan lanjut . 

Siastan awal yang dijalankan, mendapati kejadian yang dilaporkan berlaku pada 09/03/21 @ 10.30 malam apabila, sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Bandar Baru Bangi sedang melakukan rondaan dan terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan diparkir dalam keadaan enjin dihidupkan. Anggota terlibat menghampiri kereta berkenaan dan cuba membuat pemeriksaan dengan menyuluh ke dalam serta mengetuk cermin kereta tersebut yang mana terdapat 1(L) dan 1(P) yang berada di dalam kereta itu. 

Sejurus pasangan tersebut mengetahui kehadiran Polis , dan telah diarahkan keluar oleh anggota yang terlibat , lelaki yang berada di dalam kereta tersebut terus memandu cuba melarikan diri dengan bertindak melanggar motorsikal serta anggota yang berada di hadapan kereta tersebut . Ekoran itu seorang anggota yang berada di hadapan kereta itu terpakasa berpaut dalam keadaan kereta bergerak dengan jarak lebih kurang 150 meter sebelum berjaya melepaskan diri. 

Anggota yang terlibat dalam kejadian ini telah menggunakan segala usaha dan tindakan yang perlu untuk memberhentikan kereta tersebut namun suspek dalam kejadian ini terus melarikan diri ke arah Jalan Persiaran Jaya Bandar Baru Bangi.

Ekoran itu,  anggota yang terlibat  telah alami kecederaan ringan dan motorsikal yang ditunggang mengalami kerosakan. Walau pun suspek berjaya melarikan diri, namun anggota yang terlibat telah dapat mengecam no pendaftaran kereta suspek . 

Bertindak daripada maklumat nombor kenderaan yang telah dicamkan, pihak Polis IPD Kajang telah berjaya melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki dan perempuan Melayu yang terlibat dalam kejadian ini. Permohonan reman ke atas kedua-dua tangkapan akan dibuat di Mahkamah Bandar Baru Bangi pada pagi ini 10/03/2021 bagi tujuan siasatan lanjut. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 186/307/332 Kanun Keseksaan. 

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Mu'az Mazlan di talian 017-9788804. 

Terima kasih

Kenyataan Media KPD Kajang
10/03/2021 @ 1055 hrs

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)