SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bukan salah struktur jejantas - Menteri Kanan Kerjaraya


"Bukan disebabkan struktur jejantas, sebaliknya disebabkan pelanggaran."

Demikian kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengulas mengenai insiden runtuhan struktur besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang berlaku pada petang tadi.

Beliau mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berkenaan kejadian dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Ini adalah cabaran dalam teknologi maklumat yang mana maklumat berada di hujung jari, apa-apa yang berlaku akan segera dikongsi, tetapi apa-apa yang dikongsi tidak semestinya benar," katanya dalam temu bual di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Rabu malam.

Ujarnya, insiden yang berlaku dipercayai disebabkan sebuah lori treler yang melanggar perancah besi pembinaan SUKE.

Seperti yang dimaklumkan, katanya lori treler tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan SUKE.

"Gambaran luaran seolah-olah disebabkan berlakunya runtuhan jejambat yang sedang dalam pembinaan. Tetapi ia sebenarnya tidak benar.

"Laporan yang kita terima sebenarnya adalah akibat kemalangan yang mana lori treler melanggar struktur sementara sehingga menyebabkan struktur itu runtuh.

"Sudah pasti kita telah menghantar pasukan pergi ke lapangan, kita ada agensi kita dan projek ini di bawah kawal selia di bawah pihak lebuh raya dan mereka ada di sana untuk menyiasat punca sebenar kejadian," jelasnya.

Berita Berkaitan : 2 Wanita Maut, 3 Selamat

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.