SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Buang bayi: Remaja perempuan, teman lelaki ditahan


Buang bayi: Remaja perempuan, teman lelaki ditahan

MELAKA - Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya masing-masing berusia 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes buang bayi di kawasan semak berhampiran kilang Telok Mas di sini pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, soal siasat mendapati remaja perempuan itu mengaku melahirkan bayi tersebut pada Isnin lalu hasil hubungan sulit bersama teman lelakinya pada Januari tahun lalu sebelum disahkan mengandung.

Menurutnya, suspek telah melahirkan bayi lelaki itu pada jam 12 tengah malam yang disambut oleh teman lelakinya di sebuah rumah di Kandang, sebelum individu itu bertindak memasukkan bayi yang masih hidup ke dalam kotak plastik dan dibungkus dalam plastik hitam lalu dibuang ke kawasan semak.

Bagaimanapun katanya, perbuatan tidak berperikemanusiaan pasangan kekasih itu terbongkar selepas wanita berkenaan menerima rawatan di Hospital Melaka akibat pendarahan sebelum teman lelakinya ditahan polis di pekarangan hospital pada jam 9 pagi Rabu.

"Lelaki itu kemudian mengambil mayat bayi itu yang dibuang ke dalam semak dan diserahkan kepada pihak polis selepas pihak hospital membuat laporan polis.

"Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan pihak polis sedang mendapatkan arahan pertuduhan daripada pihak pendakwaraya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan membunuh yang boleh dijatuhkan hukuman mati.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!