SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

BOT KARAM, 6 nyawa sekeluarga terselamat

Enam sekeluarga berdepan detik mencemaskan dan nyaris lemas apabila bot dinaiki mereka nyaris karam dipukul ombak sebelum diselamatkan anggota Remaja Pembela Ummah (RPU) dari Team Maritim Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad (GIHSB), Air Bintan, Bandar Penawar, Johor di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, sampan dinaiki datuk saudara, dua anak saudara perempuan dan tiga kanak-kanak itu difahamkan dari Kampung Serindit, Pengerang, Johor.

Lelaki terbabit difahamkan membawa anak saudara dan cucu saudaranya yang datang dari Batu Pahat untuk bersiar menaiki bot sebelum pulang namun hampir karam akibat ombak kuat.

Pengurus Rumah Rakit Ikhwan, Ikhwan Resort Air Bintan, Muhammad Asyraf Mahdom berkata, dia dan rakan yang lain menyedari kejadian itu apabila melihat mereka yang berada di dalam bot berhampiran rumah rakitnya melambai dan menjerit meminta pertolongan.

Menurutnya, dia bersama anggota RPU terus bergegas ke lokasi terbabit dan mereka sedang berpaut serta terkapai- kapai dalam muara sungai menghala ke laut akibat sampan dinaiki terbalik.

"Kejadian berpunca apabila sampan berkenaan mahu membelok sehingga menyebabkan ia dimasuki air dan seterusnya terbalik.

"Tiga anggota RPU turut terjun ke dalam muara sungai bersama jaket keselamatan menyelamatkan mereka yang hampir lemas sebelum semuanya diselamatkan dan dibawa ke jeti berhampiran," katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Asyraf berkata, mereka ketika itu agak trauma dan lelaki terbabit turut menangis dan berterima kasih kepada jika pihaknya tiada ketika itu sudah pasti mereka lemas.

Denim Jeans

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...

TRAGEDI

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!