Dua beranak maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua lagi kenderaan di Jalan Sungai Karangan-Padang Serai, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa, Zaifisal Zakaria, 42, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Muhammad Zafril Zaifisal, 9, meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kulim.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 9 malam membabitkan kemalangan tiga kenderaan iaitu sebuah kereta Perodua Kancil, Honda Civic dan Proton Wira.