Banduan Lolos Sembunyi Dalam Parit Ditangkap

Banduan lolos ditangkap ketika bersembunyi dalam parit

Kota Bharu: Banduan yang meloloskan diri dari Penjara Pengkalan Chepa semalam, berjaya ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada 5 pagi tadi di Tumpat.

Katanya, anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dan Tumpat mengekori suspek yang menunggang Honda EX5 di kawasan Masjid Kelaboran, Tumpat.

"Suspek ditangkap ketika bersembunyi di dalam parit selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kampung Terbak, Tumpat.

"Suspek mengaku melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa. Dia kemudiannya dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

"Turut dirampas Honda EX5 namun tidak ada rekod yang menunjukkan motosikal dilarikan suspek dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Abdul Rahim turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bersama-sama membantu menyalurkan maklumat sehingga suspek ditangkap dalam masa singkat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian 10.13 pagi semalam, polis menerima panggilan daripada penjara yang memaklumkan banduan lelaki melarikan diri.

Suspek adalah banduan tahanan reman bicara bagi kes di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan ditahan di Penjara Pengkalan Chepa sejak 22 Mac lalu.

Pihak penjara memberitahu suspek disedari melarikan diri semasa proses pembuangan sampah dan dia dipercayai memanjat pagar di menara penjara berkenaan.

Denim Jeans

GURU PRATIKAL CAMPAK PELAJAR TASKA

KANAK-KANAK

Video berdurasi 10 saat itu yang mencetuskan kemarahan orang awam memaparkan seorang guru wanita mengangkat dan menghempas seorang murid lelaki sambil disaksikan oleh murid-murid tadika yang lain.

LAZADA BIRTHDAY PARTY

27 MARCH 2021

Nikmati potongan harga barang sehingga 90% semperna ulang tahun Lazada yang ke 9 tahun!

Denim Jeans

Pacuan 4 Roda Hilang Kawalan Rempuh Bengkel Motorsikal

TRAGEDI

Sebuah pacuan 4 roda hilang kawalan lalu merempuh sebuah bengkel motorsikal. Pemandu tersebut keliru antara pedal minyak dan brek dipercayai akibat pengaruh alkohol.

Denim Jeans

Remaja Lelaki Lemas Di Dasar Kolam, Permainan "DIZZY CHALLENGE" Bertukar Tragedi...

TRAGEDI

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak lelaki bermain 'permainan pening' di tepi kolam. Kumpulan itu memutar salah satu teman mereka sehingga pening sebelum menolaknya ke dalam kolam untuk melihat apakah dia masih dapat berenang atau menyerah pada pening sambil dirakam oleh salah seorang daripada teman mereka mungkin untuk content sosial media mereka.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)