330 Individu dikompaun RM 10,000 dalam tempoh 24 jam

Seramai 330 individu telah dikompaun sebanyak RM10,000 sepanjang tempoh 24 jam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, orang awam sewajarnya menjadikan kenaikan kompaun itu sebagai satu peringatan agar tidak mengambil mudah dalam pematuhan SOP.

“Tular gambar notis kompaun itu disebabkan individu tersebut gagal mendaftar MySejahtera. Kita kena ingat peraturan itu dilaksanakan demi keselamatan pengunjung lain ke premis perniagaan.

“Kompaun RM10,000 itu sebagai peringatan kepada mereka yang selalu mengulangi kesalahan hingga mengundang risiko jangkitan,” katanya pada Majlis Pemakaian Sayap Juruterbang dan Penutupan Rasmi Kursus ‘Private Pilot’s Licence (PPL)’ no 18 Siri 01/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM di sini pada Jumaat.

Abdul Hamid berkata, kira-kira tiga peratus warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara yang menolak menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor kesihatan.

Menurutnya, penolakan tersebut melibatkan anggota dan pegawai yang bertugas di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak.

"Lebih 95 peratus menyatakan kesediaan untuk terima vaksin, mungkin tiga peratus (menolak). Saya tiada data dan mereka menolak kerana penyakit dan risiko seperti alahan dan hamil.

"Selain Kelantan, di Kedah pun ada dan Perak ada sikit. Saya akan berusaha menerangkan kebaikannya kepada anggota berdasarkan pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan.

"Itu tempat rujukan paling tepat sekali bukan daripada bomoh, pendita, guru dan ajaran sesat," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)