Boleh bayangkan perasaan anak-anak yang ditinggalkan ibu dan bapa sejak kecil. Pastinya keperitan menanggung rindu terpaksa dipendam. Namun, mereka ini tidak seperti orang lain, mereka mempunyai kekuatan yang sangat tinggi untuk hidup berdikari.
Seorang remaja lelaki tampil di lamn Facebook, Muhd Alif Amier yang menjejaki ibunya yang telah 20 tahun tidak jumpa. Hanya berbekalkan sekeping gambar untuk dia menatap wajah ibunya ketika rindu.
“Aku tak pernah jumpa malah tatap muka dia waktu aku kecil..hidup selama 20 tahun tak pernah jumpa…“
Family aku semua berasal dari Thailand dan aku di sini tiada campuran darah Malaysia.. gambar ibu aku ni 20 tahun yang lepas kalau sesiapa kenal tolong bagitahu aku…
Sekiranya ibuku sudah tiada di dunia sekalipun akan ku dapat lihat pusaranya pun sudah mencukupi bagi aku..
Nama:Zakiah (tak pasti)
Umur:lingkungan 40+ lebih kurang
Asal: Thailand (tak tahu lokasi)
Agama: Islam
Melahirkan aku :Tahun 2001 di hospital Gua Musang
“Aku tak minta kaya,
Aku tak minta isteri,
Cuma hajat dari kecil bertemu sang ibu sahaja.”
Jadi, sesiapa yang mengenali wanita ini, boleh berhubung dengan anaknya menerusi laman Facebook.
KREDIT : SIAKAP KELI