SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Warga Emas "Dibuang" Oleh Keluarganya Di Surau

 



Seorang lelaki warga emas melalui detik pilu apabila ditinggalkan ahli keluarganya di sebuah surau di Subang dekat sini.


Kejadian itu berlaku apabila warga emas itu diperdaya untuk mengikuti ahli keluarganya bagi menunaikan solat berjemaah di surau tersebut.


Kisah sedih itu terbongkar apabila Lembaga Zakat Selangor (LZS) ketika membantu seorang warga emas tidur di surau berkenaan dalam suasana kes Covid-19 di Selangor.


LZS dalam kenyataan memaklumkan lelaki itu dalam keadaan kelaparan dan keletihan ketika ditemukan mereka.


Katanya, warga emas itu turut mengadu kakinya sakit akibat jangkitan kuman.


“Lelaki warga emas itu telah dipujuk ahli keluarganya yang mengajak ke surau tersebut untuk berjemaah namun sebenarnya adalah rancangan bagi meninggalkannya di surau berkenaan.


“Pakaian juga telah siap diletakkan di dalam beg untuk bekalan lelaki itu,” katanya.


Menurut LZS, siasatan awal mendapati lelaki itu yang belum berumahtangga dijaga oleh ahli keluarganya.


Ujarnya, difahamkan tindakan ahli keluarganya disebabkan kesihatan lelaki yang semakin merosot ditambah keadaan tidak menentu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Dia (warga emas) tidak menjangkakan akan diperlakukan sedemikian.


“Lelaki itu telah bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan, Rufaidah Home Care Services di Dengkil dengan kos penjagaan dan rawatannya akan ditanggung LZS,” jelasnya


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!