Wanita Rendam Anak Tiri Umur 2 Tahun Dalam Air Panas Mendidih...


Akibat berang dengan suami, seorang wanita bertindak kejam dengan merendam anak tirinya yang berusia 2 tahun di dalam tab mandi berisi air panas mendidih.

Dalam kejadian pada 1 Oktober 2018, suami tertuduh memintanya menjaga kedua-dua anaknya yang berusia 2 dan 4 tahun tersebut sepeninggalannya ke tempat kerja.

Tertuduh yang masih tidak berpuas hati terhadap suaminya selepas pertengkaran mereka sebelum itu bertindak melepaskan amarah ke atas kedua-dua anak tirinya.

Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh mengisi tab mandi dengan air mendidih sebelum merendam anak tirinya yang berusia 2 tahun.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan kesan lecur pada hampir keseluruhan badan.

Mangsa meninggal dunia dua minggu selepas kejadian ketika mendapat rawatan.

Dalam prosiding kes tersebut di Mahkamah Tinggi Jordan, suspek mendakwa bertindak demikian kerana dendam selepas bertengkar dengan suaminya.

Mahkamah turut diberitahu bahawa suspek juga sering memukul dan mendera mangsa.

Suspek yang namanya tidak didedahkan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun atas tindakannya itu.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)