SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Wanita Meninggal Dalam Kemalangan, Lepas Kelas Mengaji Al Quran



 Malang tidak berbau. Itu perumpamaan yang tepat menggambarkan nasib seorang wanita warga Indonesia dan dua warga emas yang terlibat dalam kemalangan yang bukan terjadi akibat kecuaian mereka.


Lebih malang, mangsa, Lia Emani, 45, meninggal dunia manakala dua warga emas wanita berusia 64 dan 65 tahun yang baru pulang dari kelas mengaji al-Quran cedera ketika mereka bertiga sedang berdiri di atas penghadang jalan raya untuk melintas jalan di Jalan Pasir Hor hari ini.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 pagi ketika Lia menuntun basikalnya dan dua warga emas itu sedang berdiri di atas penghadang jalan konkrit untuk melintas dari kiri ke kanan jalan.


Katanya, sedang mereka menunggu, sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipandu laju dari Pasir Hor ke Kubang Kerian dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh ketiga-tiga mangsa.


“Insiden tersebut menyebabkan wanita warga Indonesia itu tercampak ke atas jalan sebelum dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


“Bagaimanapun, dua orang warga emas itu hanya mengalami kecederaan dan kini sedang Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,” katanya ketika dihubungi


Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu kereta itu dipukul oleh orang awam selepas kemalangan berlaku.


Kejadian pukul itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kemalangan yang menimpa mangsa.


Mengulas lanjut, menurut Abdul Rahim, mayat mangsa turut dibawa ke HUSM untuk bedah siasat.


Katanya, polis turut menahan pemandu kereta terbabit yang berusia 33 tahun selepas dia didapati positif dadah jenis methamphetamine selain turut cedera ringan dalam nahas itu.


Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1A ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, saksi kejadian, Zihan Ngoh, 53, berkata, dia melihat kereta jenis Proton Satria dipandu laju sebelum merempuh tiang lampu yang berada di tengah-tengah jalan.


Katanya, dia melihat dengan matanya sendiri ketiga-tiga mangsa tercampak, namun wanita warga Indonesia itu kelihatan kaku di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.