SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

VIDEO - Nelayan temui anak ikan hiu mirip wajah manusia


 Seorang nelayan bernama Abdullah Ferro yang berasal daripada Desa Papela, Kabupaten Rote Ndao, Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia dikatakan telah menemui seekor ikan hiu yang mempunyai wajah yang kelihatan seperti manusia, lapor Tagar.


Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika Abdullah menangkap seekor ikan jerung di sekitar perairan Batupuluh Rote Ndao pada Sabtu lalu.


Ikan jerung yang mempunyai wajah seperti manusia itu dilaporkan ditemui di dalam perut ibunya yang telah ditangkap oleh Abdullah. Ketika Abdullah memotong perut ibu ikan itu, dia terkejut apabila melihat rupa haiwan tersebut.


Kini video penemuan haiwan yang pelik itu telah menjadi tular di media sosial dan saluran YouTube.


Adik kepada Abdullah, Nuren, menyatakan bahawa peristiwa itu telah menggemparkan penduduk tempatan. Nuren menyatakan bahawa jerung yang berwajah pelik itu sedang diawetkan di rumah Abdullah.


Berikutan daripada peristiwa itu, Nuren menyatakan bahawa terdapat penduduk tempatan yang ingin membeli ikan tersebut.


“Kami terkejut. Ketika perut ibu jerung itu dibuka, secara tiba-tiba muncul jerung yang berwajah pelik ini. Bahkan ada penduduk yang datang untuk membeli tetapi saya belum lagi memikirkan untuk menjualnya,” kata Nuren dipetik dari Penantt.com


Nuren turut mengakui bahawa sehingga kini, ramai penduduk setempat datang ke rumahnya untuk berfoto bersama ikan tersebut.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!