SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Vaksin COVID-19 tiada mikrocip,tiada agenda Illuminati - KJ


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sekali lagi memberi jaminan hanya vaksin yang benar-benar selamat dan berkesan akan digunakan di negara ini.

Dalam catatan terbaharu di blognya, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, vaksin berkenaan telah diuji kepada puluhan ribu manusia sebelum diluluskan, dan jutaan manusia di seluruh dunia sudah pun mula menerima suntikan vaksin mereka.

Tambah beliau lagi, rakyat Malaysia digesa untuk yakin dengan sains, bukannya teori konspirasi yang tular dalam group WhatsApp keluarga atau taman perumahan yang memetik sumber palsu.

“Tiada bukti vaksin ini memudaratkan nyawa atau kesihatan mereka. Vaksin ini tidak akan mengubah DNA penerima.“Vaksin ini tidak mengandungi microcip untuk mengambil alih pemikiran kita. Vaksin ini bukan agenda illuminati yang mahu menubuhkan New World Order. Vaksin ini dihasilkan oleh sains,” katanya lagi.Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menggesa Kerajaan Pusat untuk segera menjalankan ‘Kempen Yakin Vaksin’, bagi memastikan rakyat berasa selamat untuk menggunakan vaksin COVID-19, seterusnya mengurangkan risiko jangkitan virus itu.

Dalam satu kenyataan awal bulan ini, Pasukan Petugas Imunisasi PH berkata, mereka bimbang dengan pengaruh golongan “Ánti-Vaxxer” mampu menggugat keyakinan rakyat Malaysia, dan akhirnya memberi risiko terhadap sasaran program vaksin negara.Mengulas lanjut, Khairy berkata, lebih ramai rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin, maka jangkitan akan mula menurun dalam kalangan komuniti.

"Bila kita yakin dengan sains, kita akan yakin dengan vaksin COVID-19. Bila kita yakin, seramai mungkin akan menerima suntikan mereka. Bila ramai menerima suntikan vaksin ini, bilangan jangkitan akan mula menurun. Bilangan kematian dan pesakit yang dimasukkan ke ICU akan mula menurun.

“Bila jangkitan menurun, lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial boleh dijalankan tanpa sekatan yang terlalu ketat. Inilah kaitan langsung program imunisasi yang berjaya kepada pemulihan ekonomi. Ia sangat berkait rapat,” katanya lagi.

Khairy berkata, negara-negara yang telah melancarkan program imunisasi COVID-19 telah mula menunjukkan pemulihan positif dalam ekonomi mereka.

Susulan pelaksanaan program imunisasi COVID-19 di seluruh dunia, jelasnya lagi, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan ekonomi global akan berkembang pada kadar 5.5% pada tahun ini, peningkatan berbanding ramalan awal mereka iaitu 5.2%.

“Bagi Malaysia pula, Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan kembali berkembang pada kadar 6.7% bagi tahun 2021, tetapi ini adalah tertakluk kepada kelancaran serta keberkesanan program imunisasi, peningkatan kedudukan eksport negara serta tahap pelaburan di Malaysia,” katanya lagi.

Kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, jelasnya lagi, adalah penting bagi memastikan ramalan tersebut dapat dicapai.

Menerusi program imunisasi itu, Khary berkata, proses pemulihan ekonomi akan dapat dilakukan dengan lancar apabila lebih banyak aktiviti ekonomi dapat dibuka.

“Sebagai contohnya, apabila sempadan negara kembali dibuka, sektor yang terjejas teruk seperti penerbangan dan pelancongan akan dapat beroperasi semula. Begitu juga kilang-kilang yang dapat beroperasi tanpa risiko perlu ditutup akibat jangkitan sesama pekerja.

“Rantaian ekonomi berterusan akan membolehkan kitaran ekonomi berjalan lancar yang akan membawa kebaikan bukan sahaja kepada negara malah kepada kehidupan seharian rakyat,”katanya lagi. Justeru, Khairy berkata, apa-apa gangguan dalam program imunisasi serta keadaan pandemik COVID-19 yang berterusan akan terus membawa negara ke arah ketidaktentuan ekonomi dan akan memaksa kawalan pergerakan seperti ketika ini diteruskan.

“Oleh yang demikian, saya ingin menyeru agar setiap ahli masyarakat untuk bersama-sama menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula hujung bulan ini.

“Apabila tiba masa untuk kita menerima vaksin, segeralah mendaftar agar sasaran kita untuk mencapai imuniti kelompok dapat dipercepat yang seterusnya membolehkan proses pemulihan ekonomi disegerakan,” katanya lagi.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!