SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Tahniah Intan, Harris selamat bergelar suami isteri


Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Intan Ladyana sah bergelar isteri kepada Harris Alif dalam satu majlis di ibu negara kira-kira pukul 10 pagi tadi.


Pasangan itu selamat dinikahkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


Intan yang popular menerusi filem Adnan Sempit itu dinikahkan Ketua Penolong Pengarah JAWI, Ustaz Muhammad Azlan Marukum.


Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 39, menerima set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian daripada Harris.


Pada majlis yang hanya dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua mempelai tersebut, Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, 22, menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.


Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.


“Alhamdulillah, walaupun kini kita berada di dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.


“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” kata Harris.


Menurut Intan, dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak menolak rezeki untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.


Terdahulu, pada 5 Januari lalu, pasangan ini mengumumkan berita gembira bakal disatukan dan bernikah selepas mula menyulam cinta sejak Mac tahun lalu menerusi satu sidang akhbar.


Mengikut perancangan awal, pasangan ini turut mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis yang sepatutnya dilangsungkan termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.


Menerusi sidang akhbar itu juga, Harris mendedahkan majlis merisik Intan sudah dibuat pada Julai tahun lalu, sebulan selepas ulang tahun kelahiran Intan.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!