Saya Masih Layak Bergelar Datuk... - Boy Iman

Page Title

Semalam, hangat diperkatakan apabila gelaran Datuk pelakon dan usahawan, Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman ditarik balik berkuat kuasa pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, Boy Iman akui terkejut kerana dia mendapat tahu tentang perkara itu selepas dihubungi pihak media dan belum menerima sebarang surat rasmi berkenaan penarikan balik darjah kebesaran itu.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran”

“Saya tidak kecewa namun saya sendiri terkejut apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana.

“Saya rasa sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau protokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Boy Iman berkata dia tidak akan teragak-agak untuk menulis sendiri surat kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk bertanyakan sebab gelaran itu ditarik balik.

“Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka.

“Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditarik balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan,” katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)