Sajat Mesti Ditempatkan Dalam Tahanan Wanita, Jika Ditahan - NGO LGBT

 



Dua aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menyuarakan kebimbangan terhadap waran tangkap dikeluarkan kepada usahawan kosmetik Nur Sajat.


Thilaga, pengasas Justice for Sisters, NGO yang memperjuangkan hak transgender berkata ini kerana wujud kebimbangan sahih bahawa golongan berkenaan berisiko menjadi mangsa keganasan ketika dalam tahanan.


Beliau memetik laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 2019 mengenai golongan transgender yang mendedahkan berlaku sekurang-kurangnya 60 kes keganasan terhadap golongan itu ketika dalam tahanan polis.


Sebanyak 54 kejadian keganasan melibatkan wardar penjara manakala 36 membabitkan tahanan lain, termasuk dipaksa melakukan perbuatan seksual.


Thilaga berkata, golongan wanita trans dan ‘intersex’ adalah wanita seterusnya perlu ditahan di kemudahan untuk wanita.


“Adalah penting untuk memastikan maruah dan keselamatan semua orang yang berada dalam tahanan, pada setiap masa.


“Amalan lazim meletakkan wanita transgender di kemudahan lelaki, walaupun dipisahkan daripada tahanan lain, perlu diubah,” katanya


Terdahulu hari ini, Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat selepas gagal hadir untuk kes terhadapnya.


Pada 6 Jan lalu, Muhammad Sajjad, 36, dituduh berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.


Sementara itu, aktivis translelaki Dorian Wilde berkata, sekiranya ditahan, Sajat mesti ditempatkan berasingan daripada lelaki bagi melindunginya daripada menjadi mangsa penderaan pegawai atau tahanan lain.


“Privasi dan maruahnya mesti juga dilindungi,” katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)