SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Remaja Perempuan Pesta Dadah bersama Teman Lelaki Diberkas

Perak
Sabtu 13.02.2021

"Remaja Perempuan Kenduri Dadah Bersama Teman Lelaki Di Bilik Tidur"

Teluk Intan - Seorang  perempuan diabaikan oleh keluarganya menjadi mangsa penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Chenderong Balai, Perak. Serbuan kali ini, Anggota Penguatkuasa AADK Hilir Perak telah  menahan seorang remaja perempuan berumur 18 tahun bersama teman lelakinya di bilik tidur remaja perempuan terbabit.
Menurut Puan Najmiah Binti Hanafi, Ketua Pegawai AADK Hilir Perak, hasil maklumat aduan orang ramai pihak AADK telah menyerbu  rumah itu yang dijadikan sebagai "PORT DADAH".

Menurutnya, semasa sepasukan anggota  memasuki rumah itu, pintu rumah telah dikunci dan didapati seorang wanita dan seorang lelaki cuba bersembunyi didalam bilik dan cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditahan oleh sepasukan anggota AADK. Setelah arahan dan amaran diberikan oleh Ketua Operasi lelaki tersebut akhirnya akur dan membuka pintu rumah. Siasatan awal mendapati seorang remaja perempuan dan seorang lelaki berada di dalam salah sebuah bilik dirumah berkenaan. Hasil pemeriksaan, menjumpai peralatan menghisap dadah iaitu cebisan plastik lutsinar, "Dapur" hisap dadah, dan gunting.
Siasatan mendapati rumah tersebut dijadikan port untuk menghisap dadah dan berdasarkan akuan wanita tersebut menghisap dadah bersama teman lelaki nya didalam bilik tidur wanita tersebut. Remaja tersebut juga mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.Dalam pada masa yang sama 2 lagi tempat berasingan telah diserbu oleh Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Hilir Perak antara jam 6:00 petang hingga 12.00 malam iaitu di "kawasan perumahan" sekitar Teluk Intan, Perak Kedua-dua lokasi ini dipercayai menjadi lokasi pengambilan dadah secara berkumpulan. Hasil operasi kesemua tempat ini berjaya menahan 6 orang yang disyaki penagih dadah.

Hasil daripada ujian saringan air kencing mendapati 5 orang lelaki dan 1 orang perempuan positif dadah jenis Methamphetamine.
Kesemua tangkapan disiasat dibawah Sek 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

TANGKAPAN BUKAN UNTUK MENGHUKUM TETAPI UNTUK MERAWAT DAN MEMULIHAKAN PENAGIHAN MEREKA.

Sumber: AADK HILIR PERAK

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!