SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Remaja Dirogol Di Lokap, 2 Polis ditahan Kerja, 11 lagi diambil tindakan


Dua anggota polis yang bertugas menjaga lokap dalam kejadian remaja perempuan dirogol tahanan lain di lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak 9 Januari lalu sudah ditahan kerja bermula 14 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zamri Yahya berkata, mereka turut dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 pada 9 Februari lalu.

Menurutnya, JIPS juga menjalankan siasatan tatatertib bagi menyiasat kecuaian dan salah laku dalam kejadian itu.

"Selain tindakan dari sudut jenayah ke atas dua anggota terbabit, seramai 11 orang terdiri pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis lain yang didapati gagal serta cuai menjalankan tugas akan turut diambil tindakan (diturunkan pangkat atau dibuang kerja).

"Tindakan ini diambil susulan kejadian rogol dilaporkan berlaku dalam lokap Balai Polis Pusat Miri membabitkan remaja perempuan berusia 16 tahun dengan tahanan lelaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zamri berkata, susulan kejadian itu dua laporan polis diterima yang mana pertama dibuat anggota polis membabitkan kejadian rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Laporan kedua dibuat oleh mangsa yang mendakwa berlaku kecuaian daripada polis dan disiasat mengikut Seksyen 166 Kanun Keseksaan dan Seksyen 221 akta sama.

"Kedua-dua kertas siasatan dibuka sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya yang mana suspek berusia 19 tahun dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JIPS turut memandang serius beberapa kejadian gangguan seksual membabitkan petugas sekatan jalan raya (SJR) yang tular baru-baru ini.

"Tindakan tegas dari sudut jenayah dan tatatertib akan diambil ke atas semua yang terbabit sekiranya didapati bersalah.

"Kesemua mereka yang terbabit sudah dikeluarkan daripada menjalankan tugas SJR sehingga siasatan selesai," katanya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.