SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Polis menyamar sebagai pelanggang, pastikan setiap orang patuh SOP


 
Seramai kira-kira 20 orang anggota dan pegawai akan mula membuat penyamaran sebagai pelanggan di kedai gunting rambut bagi mengesan mana-mana individu yang tidak mematuhi peraturan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari ini.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, kaedah penyamaran itu akan dilakukan setiap hari di beberapa lokasi kedai gunting rambut secara rawak di sekitar Segamat bermula hari ini.


“Inisiatif ini adalah sebagai langkah pro aktif tambahan pihak polis agar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh PKP dipatuhi oleh orang awam dan pemilik kedai gunting rambut.


“Beberapa anggota polis akan menjadi pelanggan dan berada di dalam kedai untuk melihat situasi dan keadaan operasi kedai gunting rambut yang hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam,”katanya.


Raub menegaskan tukang gunting rambut mesti mematuhi SOP yang ketat iaitu memakai pelindung muka (face shield), pelitup muka, apron pakai buang, sarung tangan dan alatan mengguting mestilah dibersihkan dengan menggunakan air panas setiap kali selesai.


Menurut beliau, pemeriksaan mengejut turut akan dilakukan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kediaman tukang gunting rambut yang berkemungkinan besar digunakan sebagai premis alternatif untuk mereka menjalankan perniagaan dari rumah.


Katanya, anggota kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) akan turut serta memantau kediaman penduduk setempat secara berkala bagi mengesan aktiviti yang melanggar SOP di kawasan perumahan.


Sepanjang perlaksanaan PKP yang dilanjutkan bermula hari ini, pihak polis telah melakukan pemeriksaan di lokasi-lokasi kedai gunting rambut, pasar malam dan pusat cuci kereta yang beroperasi di Jementah, Chaah, Labis, Bekok, Buloh Kasap, Tenang,Batu Anam, kawasan perkampungan dan penempatan Felda.


“Fokus utama adalah aspek disiplin dan penjagaan kendiri tukang gunting rambut dan pelanggan dalam usaha kita untuk memutuskan rangkaian Covid-19 serta mengelakkan kluster baharu di Segamat,”ujarnya.


Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam kenyataan berkata, mesyuarat khas telah memutuskan kedai gunting rambut adalah antara tiga jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi semula dengan mematuhi SOP yang ketat bermula hari ini.


Tidak ketinggalan, pasar malam turut dibenarkan beroperasi bermula pukul 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP yang ketat iaitu jarak gerai sejauh satu meter antara satu sama lain dan hanya satu jalan masuk dibenarkan


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!