SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Polis bantu keluarga suspek kes dadah, nenek uzur terpaksa menjaga 4 cucunya


 
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara menghulurkan bantuan kepada seorang nenek yang terpaksa menggalas tanggungjawab membesarkan empat cucunya selepas anak dan menantu dimasukkan ke penjara akibat kes dadah.


Lebih mencabar, empat cucu lelakinya itu juga mengalami masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada cucu.


Wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Sharom, 53, berkata, dia menjaga empat cucunya yang kini berusia tiga hingga 11 tahun sejak mereka kecil lagi memandangkan anak perempuan serta menantunya kurang mengambil peduli perihal anak-anak mereka.


"Ini pula mereka berada di penjara maka tinggallah saya seorang diri yang perlu menjaga serta membesarkan empat beradik ini.


"Saya pula mempunyai penyakit kencing manis dan menjaga empat cucu yang mempunyai masalah hiperaktif sangat sukar tetapi saya tetap tempuh kerana sayangkan mereka," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan warga IPD Seberang Perai Utara ke rumahnya di Pangsapuri Jajar, di sini, hari ini.


Sharom berkata, dia menyara kehidupannya dengan bantuan zakat RM400 sebulan manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula RM200 sebulan.


"Wang bantuan ini sudah semestinya tidak mencukupi apatah lagi rumah yang diduduki pula mempunyai tunggakan sewa sehingga RM3,000 kerana tidak mampu membayar.


"Mujur ada ramai yang membantu meringankan beban tanpa memandang serong terhadap keluarga saya bahkan simpati dengan keadaan yang dialami saya bersama cucu," katanya yang turut berterima kasih kepada warga IPD Seberang Perai Utara membantu meringankan bebannya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kehidupan nenek yang menjaga empat cucu selepas anak serta menantunya dimasukkan ke penjara.


"Kebetulan, anak perempuan serta menantu wanita itu pula ditangkap oleh polis daerah ini pada Mac dan Mei tahun lalu. Suspek wanita berada di Penjara Jawi manakala suspek lelaki pula di Penjara Pulau Pinang menunggu kes perbicaraan kes mereka mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


"Bagaimanapun, kita bersimpati dengan kedaifan keluarga ini dan terpanggil untuk membantu ibu serta empat anak suspek walaupun dalam kesibukan bertugas memerangi pandemik Covid-19.


"Ini kerana ia juga adalah sebahagian tugas polis bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke atas masyarakat yang memerlukan," katanya selepas menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada keluarga itu.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.