Pekerja Warga Asing Mogok Kerana PKP...



 Kira-kira 150 warga asing mogok apabila mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama selain ke kilang.


Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 6.45 petang tadi di kawasan asrama warga asing di Batu Maung.


Asrama itu menempatkan pekerja warga asing dari tiga buah kilang sekitar Bayan Lepas.


Difahamkan, kesemua pekerja itu tidak dibenarkan keluar sejak empat bulan lalu dengan alasan menangani penularan wabak Covid-19.


Selain itu, pekerja asing berkenaan juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama bagi membeli makanan,minuman serta keperluan harian.


Segala pembelian perlu menerusi online bagi penghantaran terus ke kawasan asrama.


Mogok yang berlangsung selama 15 minit itu menunjukkan pekerja asing itu keluar dari unit kediaman masing-masing sebelum melaungkan ayat ‘bebaskan’.


Kehadiran wakil majikan serta pengurusan beberapa kilang akhirnya meredakan keadaan.


Tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)