Mangsa Digigit Anjing Liar Ketika Jogging, Cedera Pada Bahagian Paha

 


Seorang penduduk Taman Seri Keramat Tengah,Hulu Kelang telah digigit ibu anjing berwarna hitam ketika sedang jogging di Jalan AU4/17C. 


Mangsa telah berjaya mengetuk anjing apabila digigit.  Mangsa mendapat luka di peha dan telah mendapat rawatan di klinik berdekatan.


Terdapat 4 ekor anjing di kawasan parking iaitu 2 ekor dewasa berwarna coklat (jantan) dan hitam (betina) dan 2 ekor anak anjing berwarna hitam.


Mohon MPAJ mengambil tindakan segera kerana aduan berkaitan anjing liat ini telah lama dibuat semenjak tahun 2020 lagi dan sehingga hari ini belum selesai lagi.  


Apakah apabila ada penduduk yang mati akibat digigit anjing liar baru MPAJ mengambil tindakan serius.  Sedih melihat sikap MPAJ ini kerana kurang perihatin dan peka akan aduan yang dibuat.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!