Kedai Jual Daging Perap Tidak Halal Diserbu...

Daging Haram, Tapi Letak Logo Halal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), hari ini menyerbu sebuah premis menjual daging kambing perap di Jalan Kelewek, Tanah Merah yang didakwa menggunakan logo halal tanpa kelulusan.

Serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) pada 11 pagi itu turut menyita kesemua produk makanan, plastik pembungkusan dan gegantung yang mempunyai logo halal Jakim membabitkan nilai lebih RM1,000.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Daerah Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam yang meragui penggunaan logo halal pada produk jualan.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis ini menggunakan logo halal Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pada bungkusan daging kambing perap keluaran mereka yang tidak diperakui halal oleh badan berwibawa iaitu Jakim.

"Premis berkenaan menjual barangan runcit termasuk daging perap yang dibuat sendiri.

"Tindakan diambil kerana bertentangan dengan Perenggan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi suatu kesalahan di bawah Perenggan 8(b) Perintah yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM100,00.00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kedua, denda RM250,000.00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)