Kantoi 28 PATI sembunyi dalam treler...



Imigresen tahan 28 Pati sembunyi dalam treler

Kota Kinabalu: Seramai 28 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan pada Ops Serkap dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekatan jalan raya di Kilometer 38, Jalan Lahad Datu dekat sini, jam 9 malam kelmarin.

Warga asing itu yang cuba keluar dari negeri ini ditahan ketika menaiki treler. Ia hasil maklumat awam serta risikan.


Pengarah JIM Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, pihaknya mengekori treler itu dari Jalan Asam, Lahad Datu sehingga ke lokasi berkenaan.


"Kami kemudiannya mendapatkan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkawal di sekatan jalan raya itu untuk menyekat perjalanan treler terbabit yang dipandu lelaki tempatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c ), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Sekysen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya. 


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)