Jururawat meninggal akibat Covid-19, bayi selamat


 
Seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Artini Dzolkarnaini meninggal dunia, awal pagi tadi dipercayai akibat komplikasi Covid-19.


Berita pemergian petugas barisan hadapan itu dikongsi Fakulti Perubatan UiTM menerusi Facebook (FB), hari ini.


"Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.


"Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," kata kenyataan itu.


Dalam pada itu, carian wartawan di FB mendapati pemergian jururawat berkenaan yang juga penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM menerima reaksi duka kenalan arwah dan warga net.


Difahamkan, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu berdasarkan beberapa komen balas daripada rakan dan keluarganya di FB.


Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.


Artini adalah jururawat program pemulihan jantung dan ibu kepada lima anak termasuk bayi baru dilahirkan.


Harian Metro cuba menghubungi keluarga arwah yang difahamkan belum bersedia untuk berkongsi cerita dan mengharapkan orang ramai berdoa urusan keluarga mereka dipermudahkan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)