Jual Zuriat Sendiri Secara Online...


 
Sudahlah terlanjur tergamak pula menjual bayi sendiri dengan harga RM15,000 secara online menerusi satu laman web dagang.


Perbuatan tidak berhati perut itu dilakukan oleh seorang remaja yang berasa jijik dengan bayi sendiri selepas mengan­dung anak luar nikah hasil hubungan intim yang dilakukan dengan kekasihnya.


Ketika mendedahkan perkara itu, Presiden Pusat Perlindu­ngan Pertubuhan Kebajikan Rumah Kita, Suraya Abdul Razak berkata, remaja berusia 16 tahun ketika itu bertindak demikian kerana dia tidak mahu menjaga anaknya.


“Kejadian itu berlaku pada tahun 2017. Wanita terbabit memang tidak mahu langsung menjaga anaknya kerana berasa jijik.


“Sehubungan itu dia mengambil keputusan untuk menjual anaknya di sebuah laman web dengan harga RM15,000,” dedahnya


Bagaimanapun menurut Suraya, selepas dinasihatkan, gadis tersebut akhirnya berubah fikiran dan bayinya dijaga di pusat itu sehingga warisnya me­nuntut bayi dan ibu terbabit pada tahun 2019.


Tambahnya, sepanjang me­ngendalikan pusat perlindungan itu dia mendapati, kebanyakan remaja terlanjur sehingga melahirkan anak disebabkan perkenalan dengan lelaki menggunakan telefon bimbit dan media sosial.


“Selain itu, masalah sosial dan keretakan rumah tangga ibu bapa juga menjadi faktor utama kepada gejala tersebut. Tindakan ibu bapa yang langsung tidak mengendahkan tingkah laku anak-anak turut menyumbang kepada masalah itu.


“Remaja ini bijak menyembunyikan kegiatan terkutuk mereka dan apabila sudah ditimpa musibah, baru hendak minta tolong dengan ibu bapa,” katanya yang mengendalikan pusat perlindungan itu bersama empat lagi pembantunya.


Ujar Suraya, pihaknya menerima kira-kira 30 panggilan telefon setiap bulan bagi permohonan baharu kemasukan remaja terlanjur sementara menunggu saat kelahiran.


“Panggilan terbanyak diterima pada pertengahan dan awal tahun lalu. Kebanyakan panggilan ialah untuk berada di sini sehingga bayi mereka lahir,” katanya.


Ujar Suraya, pusat perlindu­ngan itu menyediakan ruang transit sementara untuk remaja terlanjur dan setakat ini, rumah kebajikan itu berjaya menyelamatkan lebih 25 wanita terlanjur dengan penjagaan rapi sehingga mereka selamat bersalin.


“Kebanyakan yang menginap di rumah ini ialah kalangan remaja belasan tahun dan paling muda berumur 13 tahun lepas, hampir bersalin lagi dua bulan.


“Di sini, kami menjaga ibu dan kandungan seawal usia kan­dungan tujuh bulan dan ke atas, sehinggalah mereka bersalin tetapi ada masanya kami te­rima juga mereka yang mengan­dung bawah tujuh bulan,” katanya.


Dalam pada itu, Suraya turut memberitahu, dia mengalu-alukan mana-mana wanita yang terlanjur untuk berani tampil.


“Pada mana-mana remaja atau wanita yang terlanjur yang mengandung, kami sedia membantu dan janganlah bunuh anak itu, kerana mereka tidak bersalah,” jelasnya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)