SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Ibu Masak, Makan Uri Anak Sendiri Buat "Burrito"



 LONDON – Seorang wanita, Ketrina Hill, 27, memakan uri anak keduanya dengan memasak organ tersebut untuk dijadikan hidangan burrito di kediamannya di Cambridgeshire, England, lapor portal berita Metro.co.


Menerusi media sosial baru-baru ini, wanita itu berkata, dia memotong uri tersebut kepada bentuk kiub dan memasaknya bersama-sama daging sebelum digaul dengan keju serta krim masam.


Ia kemudian dijadikan hida­ngan burrito.


“Uri anak pertama dijadikan hidangan daging cincang bersama cili. Uri anak kedua pula saya jadikan burrito.



“Saya memakan habis uri-uri tersebut,” katanya.


Ujar Ketrina, dia tidak pasti tentang rasa uri berkenaan tetapi berkata, ia memiliki ‘rasa daging’ yang kuat.


Kajian dilakukan Universiti Northwestern, England pada 2015 membuktikan bahawa perbuatan memakan uri tidak mendatangkan sebarang manfaat dari segi saintifik, namun trend itu terus popular.


Bagaimanapun, Ketrina berkata, dia berasa sihat dan pulih dengan cepat setelah memakan uri anak pertamanya.



“Saya tidak pasti sama ada apa yang dirasakan itu berpunca daripada tindakan memakan uri atau perasaan saya sahaja, jadi saya buat keputusan untuk memakannya lagi setelah anak ke­dua dilahirkan.


“Saya mengalami pengalaman yang sama (pulih dengan cepat),” katanya. Burrito merupakan hidangan yang berasal dari Mexico.


Anak kedua Ketrina lahir pada April tahun lalu.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!