Forex disahkan haram dalam Islam, ada unsur riba...

Ramai anak muda yang menjadikan pelaburan mata wang asing sebagai aset kekayaan mereka.
 Namun, pelaburan tukaran mata wang asing yang dikenali sebagai forex disahkan haram kerana ia mengandungi unsur-unsur riba.

Dr Ahmad Suffian Che Abdullah iaitu Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya menjelaskan, proses tukaran mata wang asing dalam bahasa Arab yang disebut sebagai bay al-sarf dan Nabi Muhammad SAW memberi panduan berkenaan kaedah menukar duit agar tidak menjadi haram.

Tambahan, jika hendak menukar mata wang yang berbeza, serahan mesti segera berlaku, namun jika ada penangguhan, ia akan pergi kepada hukum riba. Melihat kepada kitab fiqh, para ulama meletakkan tukaran mata wang asing hampir kepada tajuk riba.

Bahkan Imam Malik juga dikatakan sangat tidak suka perkara tersebut dan kalau boleh nak haramkan orang tukar duir kecuali dia bertakwa.

Takwa dimaksudkan, seseorang itu perlu tahu hukum dan berusaha elak riba kerana riba dengan tukaran mata wang asing sangat dekat. Kenapa sangat dekat? Jika berlaku kelewatan, tukaran mata wang asing maka akan berlaku riba yang merupakan dosa besar.

Dr Ahmad Suffian berkata demikian pada Wacana al-Quran siri ke 86 bertajuk Forex: Fatwa Siapa Diambil yang disiarkan secara langsung di Kumpulan Media Karangkraf. Riba adalah kunci kepada segala masalah ekonomi dan kerana itu Islam mengisytiharkan perang ke atas riba.

Ada yang menceritakan, apabila riba dilakukan dalam forex, perkara itu akan ditanyakan Allah di akhirat kelak.

Berhati-hatilah dengan dosa besar ini. Jika sudah diberi nasihat tapi kita tetap melakukan (terlibat forex), kita degil dan cuba cari fatwa yang kata forex tidak haram, Allah akan isytihar perang dan perang di akhirat amat azab.

Turut sama menjadi panelis program, Mustafar Mohd Suki selaku Pengasas Tadbir Insan Training & Consultancy, Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali yang memperdengarkan bacaan surah al-Baqarah ayat 278 serta Fazrul Ismail selaku pengacara.

Selain itu, beliau juga berkata, pendidikan fiqh muamalat juga dilihat sangat penting untuk diterapkan lebih awal di kalangan umat Islam iaitu seawal peringkat sekolah rendah.

Kredit: Sinar Harian


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)