SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Elyana Tuju Lagu Terakhir untuk anak...


Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana, mendedahkan kanser limfoma yang dihidapinya hampir 10 tahun lalu kini sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha. 

Elyana memberitahu sel kanser lama sudah berkurangan tetapi merebak ke bahagian badan yang lain

Para peminat semestinya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa penyanyi ini. Walau pun sedang berjuang dengan kanser, Elyana nampak ceria di samping dua anaknya yang tersayang.

Terbaru, nyanyian Elyana khas buat si anak di Instagram mengundang rasa sebak netizen

Mendendangkan lagu ‘Sampai Menutup Mata’ nyanyian asal Acha Septriasa, penghayatan yang diberikan Elyana turut dirasai pendengar. Setiap bait yang disebut seolah-olah menggambarkan perasaan penyanyi tersebut. Sebak!

Pengikut di media sosial rata-rata mendoakan semoga penyanyi ini diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. Mereka turut berduka melihat berat badan Elyana yang semakin susut hari demi hari.


Kredit: Elyana


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!