SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Daudsu tukar bidang jadi pemain game jana income, terjejas kerana covid19

Page Title

Penangan pandemik Covid-19 nyata membawa satu tamparan hebat buat ramai pemain Liga Malaysia (Liga M) apabila ada yang terpaksa berhadapan pemotongan gaji mahupun kelewatan pembayaran gaji.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang terpaksa bergolok gadai demi meneruskan kelangsungan hidup selepas ada pasukan yang culas dalam membayar gaji dengan alasan penaja menarik diri.

Namun apa yang lebih merugikan arena bola sepak tempatan apabila segelintir pemain terpaksa meninggalkan karier profesional mereka dek kerana penangan wabak ini.

Antara yang mengucapkan selamat tinggal bekas pemain kebangsaan dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Daudsu Jamaluddin yang kini memilih dunia e-sukan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Jelas Daudsu, Covid-19 memberi kesan terhadap kariernya di samping jodohnya bersama Kelantan United juga tidak panjang pada musim ini dan dia terpaksa memikirkan solusi lain yang lebih baik untuk mencari wang pendapatan.

Meskipun sedih, dia menyifatkan situasi tidak menentu ketika ini benar-benar menghimpit dirinya dan untuk itu, pilihan untuk berkecimpung dalam dunia e-sukan adalah yang terbaik pada masa ini.

"Selepas bermula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada tahun lalu, saya dah mula berfikir agaknya macam manalah karier saya selepas ini, dengan pasukan juga mestilah nak lebih berjimat pada musim 2021.

"Memang saya tidak nafikan, Covid-19 betul-betul memberi kesan kepada sukan bola sepak, apatah lagi saya sekarang ini yang tiada pasukan untuk beraksi, dan akhirnya terpaksa memilih pelan B.

"Jadi sekarang, saya nak fokus dengan permainan video terlebih dahulu, di mana saya sekarang ada laman Facebook sendiri iaitu DwoodsuxGaming sebagai pereka video permainan dan, Alhamdulillah setakat ini sudah mempunyai pengikut melebihi 8,000 orang.

"Saya harap bidang e-sukan ini dapatlah membantu sedikit sebanyak dari segi kewangan dan semoga lebih baik untuk semua yang turut terjejas akibat pandemik ini yang sudah memiliki semua koleksi pingat Liga M sewaktu bersama JDT selain turut merangkul Piala AFC pada tahun 2015," katanya.

Dugaan sama turut dihadapi oleh bekas pertahanan Kuala Lumpur, Raimi Mohd Nor yang kini membantu perniagaan bapanya sebagai kontraktor apabila turut tidak mendapat tawaran serius daripada mana-mana pasukan pada musim ini.

"Sekarang dengan faktor umur saya yang kini 35 tahun dan ditambah lagi dengan situasi Covid-19, memang saya sedar susah untuk terus terbabit dalam Liga M dan mahu atau tidak, kena cari alternatif lain.

"Sekiranya peluang itu masih ada untuk satu hari nanti saya kembali beraksi bersama pasukan, pastinya saya tidak menolak kerana bola sepak tetap nombor satu dalam diri saya," kata Raimi.

Untuk rekod, saingan Liga M musim ini dijadual bermula pada 5 Mac depan dengan aksi pertama membabitkan pertembungan Piala Sumbangsih antara juara dan naib juara Liga Super musim lalu, JDT dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.