SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Budak tetak jiran, bengang ditanya "kamu anak siapa"



Seorang remaja ditahan kerana disyaki menetak jirannya, yang juga seorang wanita warga emas hari ini.


Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek ditahan di rumahnya terletak kira-kira 500 meter dari rumah mangsa di Sungai Naman, Durin di sini.


Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8.30 pagi, ketika mangsa yang berusia 74 tahun sedang mencabut rumput berhampiran longkang di rumahnya sebelum didatangi suspek lalu menetaknya.


"Suspek datang dari arah kebun di tepi rumah mangsa dan terus menetak tangan wanita itu dan mencucuk leher mangsa menggunakan parang.


"Suspek tidak bercakap apa-apa dan mangsa yang ketakutan menjerit sebelum melarikan diri," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menjelaskan lanjut, Stanley berkata, kejadian disedari suami mangsa dan terus menghubungi polis.


"Mangsa mengalami luka di leher, lengan kanan, jari tangan, dada dan lutut. Polis turut merampas parang digunakan suspek," katanya.


Katanya, remaja berusia 15 tahun itu masih bersekolah dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan ibu bapanya sudah bercerai.


"Serangan suspek terhadap mangsa dipercayai disebabkan marah kepada wanita itu kerana bertanya "kamu anak siapa?" ketika suspek melalui belakang rumahnya pada 29 Januari lalu," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.