Bini Tengah Sakit, Anak Dicabul Bapa Kandung

Penderitaan dua beradik yang menjadi mangsa cabul bapa kandung mereka sejak lima tahun lalu di Kedah berakhir apabila suspek ditahan polis, Ahad lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek berusia 51 tahun itu melakukan perbuatan itu sejak lima tahun lalu ketika anaknya masingt-masing baru berusia 12 dan 14 tahun.

Menurutnya, suspek akan mencabul dua anak perempuannya itu di rumah mereka ketika mangsa tidur.

"Mangsa bimbang untuk memberitahu ibu dan ahli keluarga lain kerana ketika itu ibunya sakit kanser sebelum meninggal dunia tahun lalu.

"Kejadian terbaru berlaku pada Ahad lalu menyebabkan kakak yang sudah berusia 19 tahun tidak tahan dengan perbuatan bapanya tampil membuat laporan polis.

"Susulan laporan polis yang diterima polis kemudian menahan suspek bagi membantu siasatan," katanya

Siti Kamsiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)