Bayi Perempuan Ditemui Di Tokong Cina Masih bertali pusat


 
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di sebuah tokong Cina di Kampung Hilir, Kubang Rotan di sini hari ini.


Bayi tersebut ditemui seorang penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis pada pukul 5.20 petang tadi.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memberitahu, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menerima panggilan telefon berhubung penemuan bayi itu daripada pengadu dikenali dengan nama Sharifah.


“Pengadu memaklumkan menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di kawasan tokong di tepi bendang di Kampung Hilir, Kubang Rotan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pihaknya kemudian merakamkan percakapan pengadu sementara bayi dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk pemeriksaan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” tambahnya. 


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)