Bapa Kandung Rogol Anak Sendiri sejak umur 10 tahun...

Kredit Foto : MalaysiaGazette

Seorang peniaga tebu yang dipercayai tergamak merogol darah dagingnya sendiri dan rakan anaknya akan didakwa dengan 67 pertuduhan di Mahkamah Klang, esok.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pendakwaan terhadap suspek berusia 42 tahun itu selepas mendapat perintah daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP)

Katanya, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau termasuk dadah akan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

“Kita telah merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat perintah pendakwaan esok.

“Kesalahan di bawah seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 dan 30 tahun selain sebatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, penahanan terhadap suspek itu dilakukan 10 Februari lalu susulan laporan keluarga rakan anak suspek yang didakwa dirogol pada 7 Januari lalu, suspek kini masih dalam tahanan reman sehingga kini.

“Berdasakan siasatan, kedua-dua mangsa berusia 14 tahun merupakan rakan sekolah dan bekerja di kedai suspek yang menjual tebu. Suspek itu juga dikatakan sudah merogol anaknya sendiri sejak remaja itu berusia 10 tahun,” jelasnya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)