SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bapa Cabul Anak Perempuan Sendiri Berusia 7 Tahun Dihadap Ke Mahkamah



 Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya berusia 7 tahun.


Bagaimanapun tertuduh yang berusia 44 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Norhayati Mohamad Yunus.


Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara 15 November 2020 sehingga 20 Januari lalu di dalam bilik di sebuah rumah di Butterworth kira-kira jam 10 malam.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.


Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat selain diletakkan di bawah pengawasan polis bagi satu tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih tiga tahun.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Anbananthan Yathiraju.


Norhayati membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain meletakkan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan menggangu dan berhubung dengan mangsa sekiranya dijamin.


Kes akan disebut semula pada 9 Mac depan.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.