SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Anak Terlantar Hidap "hidrosefalus", Ibu Bapa Mohon Doa & Support Orang Ramai

Page Title

Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak comel yang dilahirkan dalam keadaan normal membesar dengan ceria tiba-tiba jatuh sakit dan kini terlantar menderita penyakit yang boleh membawa maut.

Anak mereka Muhammad Rayhan Jilhan yang baru berusia lima tahun disahkan menghidap hidrosefalus tahap empat iaitu penyakit penumpuan cairan di rongga otak sehingga meningkatkan tekanan pada otak dan pembengkakan di kepala.

Ibunya, Julianah Mad Salli, 36, berkata anaknya itu lahir dan membesar normal seperti kanak-kanak lain tanpa sebarang tanda akan sakit sehinggalah Rayhan tiba-tiba rebah pada bulan November, 2019 lalu dan doktor mengesahkan penyakit yang dihidapinya sudah ditahap kritikal.

Menurut Julianah, anaknya itu telah menjalani beberapa rawatan membuang lebihan air pada kepala dan ditahan di wad untuk beberapa waktu dan kini meneruskan rawatan dan penjagaan di rumah kerana penyakit tersebut sudah mencapai tahap empat.

"Saya sentiasa berdoa mudah-mudahan Allah S.W.T bagi dia panjangkan umur dia bagi dia kesihatan hilangkan dia punya ketumbuhan di kepala kalau tiada pun harapan kalau dia diambil dengan cepat tanpa dia rasa sakit tanpa dia rasa seksa macam sekarang ini sebab doktor kata sudah tiada harapan lagi jadi kami berharap kalau ada keajaiban," katanya ketika ditemui dikediamannya.

Rayhan sekarang hanya terlantar di rumah tidak sedarkan diri, tidak dapat makan dan cuma dimasukkan susu dari hidung untuk mengganti makanan serta memerlukan lampin pakai buang. Bapa Rayhan, Jillhan Jillan, 35, kini tidak berkerja kerana terpaksa bergilir-gilir dengan isteri menjaga Rayhan yang merupakan adik bongsu dan empat orang lagi adik beradiknya.

Menurut Jilhan, mereka sekarang terbeban untuk menampung kos beli susu, lampin pakai buang dan ubat-ubatan termasuk belanja dapur.

"Saya sebelum ini ada jalankan perniagaan kecil-kecilan seperti mencuci kereta bergerak iaitu dipanggil go and go car wash.

"Selepas PKP pertama itu saya sudah mula buat perniagaan namun malangnya kita di negeri ini terkena balik wabak virus COVID-19 ini dan kita dikenakan PKP lagi kembali dan mulai daripada itu sumber pendapatan saya telah terputus," katanya.

Kepada sesiapa yang simpati dan ingin menghulurkan bantuan boleh berhubung dengan Jilhan Jillan di talian +6011-15455633 dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Alliance Bank (Jilhan Jillan) Nombor Akaun: 600700020113802

KREDIT : ASTRO AWANI


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.