4 Penyamun Ditembak Mati...



Empat suspek kes samun ditembak mati sepasukan polis selepas terbabit dalam pergelutan dan berbalas tembakan di Jalan Pagoh-Parit Sulong, di sini, hari ini.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam kejadian 3.15 pagi itu, polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan dua kenderaan dalam keadaan mencurigakan.


"Sebaik polis merapati untuk melakukan pemeriksaan, secara tiba-tiba penumpang di dalam Toyota Avanza bertindak agresif dan pemandu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.


"Pada masa sama, penumpang Toyota Avanza serta pemandu dan penumpang Perodua Myvi cuba melarikan diri, "katanya pada sidang media di IPD Batu Pahat, hari ini.


Beliau berkata, berlaku pergelutan ketika suspek ditahan dan suspek menyerang polis dengan parang dan kerambit menyebabkan polis melepas tembakan.


Menurutnya, seorang suspek melibas seorang pegawai polis dengan kerambit sehingga cedera ringan di bahagian tangan.


"Siasatan lanjut mendapati kereta Perodua Myvi yang dirampas dilaporkan hilang di kawasan Desa Cemerlang, Tebrau.


"Polis percaya kumpulan berkenaan aktif melakukan samun dan pecah masuk premis pejabat dan kilang di Johor," katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan mendapati keempat-empat suspek tiada pengenalan diri dipercayai warga asing dan polis merampas sepucuk pistol jenis Revolver berwarna hitam dengan enam kelongsong serta empat butir peluru, dua parang dan sebilah kerambit.


Menurutnya, beberapa peralatan dipercayai untuk pecah rumah dirampas bersama dua kenderaan dilaporkan hilang sebelum ini.


"Mayat semua suspek dipercayai berusia antara 20-an hingga 40-an dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang untuk proses bedah siasat.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)