30 jam kena sembunyi dengan BUNIAN, berjaya ditemukan dalam keadaan lemah


 Johor Bharu :  “Dia cerita nampak pemandangan cantik seperti di tepi pantai dan ada buai­an selain terdapat pokok pisang.”

Demikian ujar Mohd. Iskandar Mohd. Ali, 48, mengenai misteri menyelubungi kejadian menimpa adik bongsunya, Kamarulzaman Mohd. Ali, 28, yang terperangkap selama 30 jam di dalam sebuah lubang di tepi Lebuh Raya Pasir Gudang berhampiran Taman Bukit Alif, di sini semalam.


Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi itu, Kamarulzaman ditemui lemah di dalam lubang sedalam kira-kira empat meter.


“Bila kami tanya, dia cerita nampak permandangan sebegi­tu. Penduduk sekitar juga men­dakwa kawasan belukar itu merupakan kawasan ‘keras’ dan masyarakat setempat pernah diganggu selain terlihat penampakan makhluk halus.


“Saya nak kata tidak pun benda alam ghaib ini wujud, kemungkinan dia ‘dibawa’ dan ‘disorok’ ke alam lain (bunian) sebelum dapat jumpa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Jarak antara Taman Desa Rahmat dengan lokasi mangsa ditemui adalah kira-kira 1.5 kilometer dan merupakan kawasan belukar.


Sebelum itu, Mohd. Iskandar berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu keluar dari ru­mah keluarga di Taman Desa Rahmat kira-kira pukul 5 pagi kelmarin.


“Ketika kejadian pada waktu Subuh, bapa mahu kejutkan dia solat tapi dia tiada dalam bilik. Bapa saya hubunginya, dia cakap nak keluar jumpa kawan di Taman Bukit Alif, kami tidak mengesyaki apa-apa.


“Dalam pukul 1.30 tengah hari (kelmarin) adik saya call cakap dia terjatuh lubang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Mohd. Iskandar berkata, dia terus menghubungi keluarga­nya termasuk bapa sebelum bergegas mencari mangsa di kawasan yang dinyatakan sebelum membuat laporan polis selepas gagal ditemui.


Katanya, polis meminta bantuan pihak bomba untuk menjejaki Kamarulzaman kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin sebelum dia ditemui pagi semalam dalam keadaan lemah dan meng­alami sedikit kecederaan.


“Ketika ditemui, badannya teng­gelam dalam lumpur sampai paras dada, syukur dia selamat,” tambahnya.


Terdahulu, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin bertindak melakukan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan tangga dan tali.


Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Rafie Sareng berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lemah serta ce­dera ringan pada bahagian kaki sebelum diserahkan kepada pihak ambulans.

“Bomba terima panggilan daripada pihak polis untuk bantuan mencari dan menyelamat mang­sa kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin, disebabkan keadaan hari sudah gelap kita tangguhkan operasi.



“Pagi ini operasi disambung dan mangsa berjaya ditemui sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)