SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Warga Emas Bunuh Diri Akibat Tertekan Dijangkiti Covid-19

 



Seorang warga emas ditemukan mati di rumahnya di Jalan BPP 1/6 Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, di sini, semalam, dipercayai membunuh diri akibat tertekan dijangkiti virus Covid-19.


Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 66 tahun sering mengatakan kepada isterinya, "lebih baik mati daripada sakit seperti itu."


Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, si mati sering mengadu kesakitan kepada isterinya dan berada dalam keadaan murung apabila disahkan positif Covid-19.


"Si mati membuat ujian calitan tekak Covid-19 di hospital swasta pada 7 Januari lalu dan didapati positif sehari kemudian.


"Ujian Covid-19 kali kedua juga sudah dibuat 18 Januari lalu dan keputusan dua hari kemudian menunjukkan si mati masih positif.


"Si mati sudah membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan Covid-19 dan sering mengatakan kepada isterinya lebih baik mati," katanya.


Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati ia berlaku di rumah teres dua tingkat yang hanya didiami si mati bersama dengan isteri.


Siasatan lanjut di tempat kejadian, katanya, tidak mempunyai sebarang kamera litar tertutup (CCTV) .


"Rakaman CCTV jiran si mati pula tiada sesiapa yang menghala kepada rumah simati.


"Tiada sebarang kesan pecah masuk dan umpil. Tiada sebarang barangan berharga hilang di dalam rumah.


"Rumah juga dalam keadaan yang teratur. Jiran rumah juga tidak mendengar sebarang bunyi pertengkaran ataupun orang menjerit," katanya.


Beliau berkata, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang Deputi Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi juga masuk ke dalam tempat kejadian bersama dengan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pemeriksaan dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku.


"Mangsa didapati mati akibat kesan kelar pada tengkuk dan pisau masih berada di sebelah si mati.


"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga menunggu laporan bedah siasat," katanya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!