VIDEO - Peragut Guru Taska Dicekup Dalam Tempoh 8 Jam


 
Seorang lelaki berjaya diberkas di sekitar daerah ini dalam tempoh lapan jam selepas meragut seorang guru taska, hari ini.


Suspek berusia 25 tahun itu ditangkap pukul 4 petang selepas melakukan jenayahnya di Eco Sunctuary Telok Panglima Garang, kira-kira pukul 8.20 pagi.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa wanita berusia 51 tahun menuju ke tempat kerjanya sebaik meletakkan kenderaannya.


Katanya, suspek yang menunggang sebuah motosikal telah mengacukan sebilah parang ke arah mangsa.


“Suspek telah bertindak menarik beg tangan mangsa sehingga menyebabkan wanita itu jatuh sebelum melarikan diri.


“Beg tangan mangsa mengandungi dokumen peribadi dan wang tunai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.


Kata beliau, berikutan kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami bengkak dan lebam di lengan serta lutut sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.


Azizan menambah, perlakuan jenayah suspek telah dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) dan polis kemudiannya berjaya menahan lelaki itu sekitar daerah ini.


“Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” jelasnya.


Terdahulu, tular rakaman CCTV berkenaan yang berdurasi satu minit 34 saat di laman sosial Facebook. 

VIDEO : DI SINI


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja