Seorang Rakyat Malaysia Maut, lemas ketika beriadah di New Zealand



 Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand mengesahkan seorang rakyat Malaysia meninggal dunia akibat lemas ketika beriadah bersama rakannya.


Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam kenyataannya berkata, Muhammad Ehsan Zakaria, 24, ditemukan lemas ketika beriadah bersama beberapa rakan di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand pada 7.30 malam waktu tempatan.


Menurutnya, mangsa adalah bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Raya (MARA) di Auckland.


"Mangsa dipindahkan ke Dunedin Hospital di selatan negara itu untuk proses bedah siasat.


"Pihak keluarga mangsa sudah sedia maklum mengenai kejadian itu dan Suruhanjaya Tinggi akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga mangsa," katanya.


Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington turut menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa dan kenalan di atas kehilangan Muhammad Ehsan.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)