SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Rasuah Polis RM 50, Kelindan Lori Didenda RM 3,000


 Kelindan lori didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana merasuah pegawai polis pada Jun tahun lalu.


Hakim S Indra Nehru menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, M Vivegananta, 26, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.


Beliau turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.


Mengikut pertuduhan, Vivegananta didakwa secara rasuah memberikan satu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM50 kepada Sarjan Tomeromatamini Hossin yang bertugas di Balai Polis Pokok Assam, Taiping sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana tidak memiliki lesen memandu GDL sebagaimana Seksyen 56 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tertuduh melakukan kesalahan itu di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kuala Sepetang arah Taiping-Kuala Sepetang dalam daerah Larut Matang Selama pada 10.15 pagi, 24 Jun 2020.


Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 214 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin, manakala tertuduh diwakili peguam, Kathan Maruthamuthu.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!